Program MRSM Ulul albab sepatutnya menjadi matlamat kepada semua anak-anak:http://www.mrsmkm.edu.my/gemencheh/index.php?option=com_content&view=article&id=36&Itemid=37
Program Ulul Albab iaitu satu program pendidikan integrasi antara
program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama
termasuk Tahfiz al-Quran. Program pendidikan MRSM Ulul Albab ini akan
melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan serta mahir dalam
bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah sebagai generasi
Ulul Albab. .
Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai
asas yang kukuh dalam Al Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan
pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati
dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.
Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan genarasi Ulul Albab yang bercirikan 3 komponen iaitu:
QURANIK
Hafiz 30 juzu’ Al Quran serta memahami berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar.
Dilakukan
bermula seawal jam 5.00 pagi seterunya 7.40 -9.00 pagi dan secara
formalnya dan antara waktu selepas maghrib sehingga pukul 9.30 malam
Sasaran hafazan ialah 30 juzu’ al-Quran selama 3 tahun ( Tingkatan 1- 3).
ENSIKLOPEDIK
Berpengetahuandan kemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.
Kelas Bahasa Jepun, Mandarin akan diadakan.
Kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.
IJTIHADIK
Berkeupayaan
memberikan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan
keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta
berteknologi tinggi. Mempunyai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti
avionik, robotik dan solar.
Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.