Program MRSM Ulul albab sepatutnya menjadi matlamat kepada semua anak-anak:http://www.mrsmkm.edu.my/gemencheh/index.php?option=com_content&view=article&id=36&Itemid=37
Program Ulul Albab iaitu satu program pendidikan integrasi antara  
program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama  
termasuk Tahfiz al-Quran. Program pendidikan MRSM Ulul Albab ini akan  
melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan serta mahir dalam  
bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah sebagai generasi  
Ulul Albab. . 
Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai
 asas yang kukuh  dalam Al Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan 
pelbagai, mampu berfikir  dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati
 dan akal yang tajam serta  mengambil iktibar darinya. 
 
Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk  melahirkan genarasi Ulul Albab yang bercirikan 3 komponen iaitu: 
 
QURANIK 
Hafiz 30 juzu’ Al Quran serta memahami berdasarkan konsep Baca,  Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar. 
Dilakukan
 bermula seawal jam 5.00 pagi seterunya 7.40 -9.00 pagi dan  secara 
formalnya dan antara waktu selepas maghrib sehingga pukul 9.30  malam 
Sasaran hafazan ialah 30 juzu’ al-Quran selama 3 tahun ( Tingkatan  1- 3). 
 
ENSIKLOPEDIK 
 
Berpengetahuandan kemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta  menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing. 
 Kelas Bahasa Jepun, Mandarin akan diadakan. 
 Kemudahan ICT yang lengkap dan terkini. 
 
IJTIHADIK 
 
Berkeupayaan
 memberikan memberikan pandangan dalam penyelesaian  umat, memaksimakan 
keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan  inovatif serta 
berteknologi tinggi. Mempunyai kelab-kelab berteknologi  tinggi seperti 
avionik, robotik dan solar. 
Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan  perkembangan minda dan fizikal para pelajar. 
 
 
No comments:
Post a Comment